BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 28, 2010

KITAR KARBON DAN TEKNOLOGI

Macam mana nak ajar kitar karbon menggunakan teknologi???

Mudah saja....

1) Kita boleh mulakan pengajaran atau set induksi dengan VIDEO dari youtube,dailymotion atau lebih baik buat video sendiri...(kalau rajin lah)
2) Untuk mudah memahami proses yang abstrak (yang tak dapat dilihat dengan mata kasar),kita gunakan ANIMATION.
3) Sediakan GAMBAR untuk pengukuhan pelajar,print dan suruh pelajar label.
4) Menonton NATIONAL GEOGRAPHIC yang berkaitan dengan kitar karbon
5) MAJALAH pun ble guna juga

SEJARAH ICT

Salam semua...


Korang tau tak tentang sejarah teknologi maklumat??????
Aku pun tak tau sebenarnya.....
Emmm.. nk cerita ape ye tentang ict ni???
Korang tau tak, istilah teknologi maklumat ni muncul pada sekitar dekad 1970.
Bagaimanapun, konsep yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi...
Pada abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai- bagai industri
untuk membangunkan elektrik, komputer dan teori maklumat.

Kat sini aku senaraikan 4 generasi komputer yang telah berkembang:
  1. Genarasi pertama- guna tiub vakum
  2. Genarasi kedua- guna transistor
  3. Genarasi ketiga- guna litar bersepadu
  4. Genarasi keempat (terkini)- penyepaduan skala sangat besar(VLSI)
Oklah, sampai di sini saja pengetahuan tentang sejarah ICT...

Sayonara,
Asikim

p/s: Komputer komersial pertama ialah UNIVASI yang telah direka
bentuk oleh J.Presper Eckert dan John Mauchly...

Apa itu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)?

Assalammualaikum...........


Adakah anda tau ape itu ICT ? Jeng....jeng....jeng....
Teknologi maklumat (IT) iaitu yang mewakili komputer masa kini mampu memasukkan, memaparkan
dan menghasilkan maklumat yang berguna kepada penggunanya dengan cepat, tepat dan terkini
melalui rangkaian internet seluruh dunia. Komputer dahulu tidak boleh menjadi teknologi
maklumat kerana tidak mempunyai capaian maklumat yang ada seperti masa kini. Manakala
teknologi komunikasi pula adalah teknologi dalam perhubungan berwayar dan tanpa wayar
untuk mememudahkan komunikasi berlaku antara pengguna dengan pengguna yang lain dengan
pantas dan mudah di seluruh dunia. Contohnya: chat, facebook, twitter. my space dan sebagainya.

Bidang ICT ini juga mampu memberi peluang pekerjaan yang pelbagai kepada yang menceburinya.
Terdapat bidang seperti jurutera komputer dan pereka bentuk multimedia. Selain itu ICT juga
merangkumi kejuruteraan perisian dan sistem iaitu elektronik, multimedia,kepintaran buatan,
rangkaian, sistem maklumat pengurusan dan sebagainya.

p/s: Anda boleh menceburi bidang ini terutamanya dalam perniagaan yang menjanjikan
peluang yang cerah tetapi anda perlu memiliki kemahiran dalam bidang multimedia dan
kejuruteraan.

sumber:http://arunals.wordpress.om/category/dunia-akhirat/komputer-internet