BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 5, 2010

BILANGAN KOMPUTER DI SEKOLAH JAUH LEBIH RENDAH DARIPADA BILANGAN PELAJAR DI SEKOLAH

Assalamualaikum...
Ini lagi satu isu yang tak pernah selesai dari dulu lagi.....masalah kekurangan komputer...kadang tu ada komputer tapi semua tak boleh pakai....aduhailah....macam manalah pelajar kita nak celik komputer....Korang bacalah ni...lepas tu,renungkan dan selamat beramal.....

Program Pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika ini. Ini adalah kerana untuk memberi peluang kepada pelajar pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar dan graduan akan dapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21.

Di samping itu keupayaan pelajar menguasai ICT dapat membantu mereka mengharungi ledakkan maklumat yang semakin pantas. Justeru, pendedahan kepada alam pengkomputeran telah direalisasikan kepada semua pelajar dan warga pendidik pada peringkat awal secara sistematik dan terancang oleh kerajaan agar budaya pengkomputeran dapat diamalkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif.

Dari perspektif pembangunan modal insan program pengkomputeran sekolah bertujuan untuk memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan keterampilan melalui usaha pembestarian sekolah dengan menjadikan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.

Walaupun hampir semua sekolah di malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidak dapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yang boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan.

Berikutan dari itu pengalaman ‘hands on‘ pelajar terbatas dan dikhuatiri masalah ini menjejaskan penguasaan kemahiran ICT pelajar-pelajar sekolah. Perkembangan ini bercanggah dengan kenyataan bekas Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein :

“Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.”

Kementerian Pendidikan berusaha membawa kemudahan untuk pelajar-pelajar mendapat akses kepada pengetahuan ICT supaya pelajar-pelajar bandar dan luarbandar tidak ketinggalan dalam aspek kopetensi ICT. Dalam usaha ini kawasan luarbandar diberi keutamaan untuk mendirikan makmal-makmal komputer bermula pada bulan Mac 2000. Walaupun pelbagai masalah timbul dalam proses pembinaan namun demikian projek ini telah dapat disempurnakan berperingkat-peringkat dan teknologi IT dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar bandar dan luarbandar.

MASALAH PENYENGGARAAN MAKMAL KOMPUTER DI SEKOLAH

Assalamualaikum...

Bagaimana agaknya keadaan makmal komputer di sekolah anda????

Jom baca artikel ni....mungkin dapat membuka mata dan minda anda....

Makmal komputer di sekolah sememangnya menghadapi masalah dari segi penyenggaraan. Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan. Walaupun kerajaan telah melantik seramai 500 orang juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Juruteknik yang dilantik hanyalah bertugas di pejabat pendidikan daerah masing-masing dan tidak keluar untuk membantu dalam penyenggaraan makmal komputer di sekolah-sekolah.
Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di dalam makmal memerlukan penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraan buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini bermakna beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah.
Kerja-kerja penyenggaraan ini mengambil banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Oleh kerana banyak masa telah dihabiskan untuk tujuan penyelenggaraan komputer, seseorang guru teknologi maklumat kekurangan masa pula untuk membuat persediaan bagi tujuan P&P. Kekurangan komputer yang boleh digunakan juga menyebabkan proses P&P turut terganggu.
Kadang-kala terdapat juga kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai kemahiran menyenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugas guru dan menjimatkan perbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaan patutlah menempatkan juruteknik di setiap sekolah . Diantara tugas-tugas juruteknik komputer ialah:
  1. Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah dibawah penyeliaan Pengetua/Guru Besar/Guru Data.
  2. Menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal seperti:-
  3. Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
  4. Membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya.
  5. Menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT.
  6. Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerjayangdilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
  7. Menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
  8. Mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta MAMPU
  9. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang di arahkan dari semasa ke semasa.
Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namum bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai. Diharapkan kerajaan dapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer di setiap sekolah di negara kita supaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dan disenggarakan dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kita di seluruh negara dan ini dapat merelilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnya celik IT.

Islam dan Sains Teknologi : Umat Islam pembuat ubat bedil pertama

 Post ni saya dapat dari http://tazkirah.wordpress.com/2007/07/04/islam-dan-sains-teknologi-umat-islam-pembuat-ubat-bedil-pertama/ -sekadar perkongsian bersama.....peace
SELALU dikatakan bahawa pencipta ubat bedil adalah orang China yang menemui kalium nitrat dan penggunaannya dalam mercun bunga api. Namun, hasil kajian Reinaud dan Fave menunjukkan secara jelas umat Islam adalah pembuat ubat bedil pertama di dunia.

Ini terbukti ketika umat Islam menggunakan bahan senjata api buat pertama kali ketika mempertahankan Algericas (sebuah kota di selatan Sepanyol) bertentangan Gibraltar, apabila diserang Alphonse ke-11 pada 1342 Masihi.
Jelas, bahawa ubat bedil diperkenalkan oleh umat Islam di Eropah pada abad ke-14.
Pada muka 1165 The New Columbus Encyclopedia (1975), Roger Bacon selalu dikaitkan dengan penemuan ubat bedil, tetapi segala fakta menunjukkan dia sebenarnya mengetahui dari sumber orang Islam ketika empayar Islam berkuasa di Sepanyol.
Ternyata, ilmu kimia dipelopori umat Islam dan merekalah yang pertama menggunakan kaedah pemejalwapan, penghabluran, pengentalan dan pengkupelan.
Oleh itu, dunia terpaksa memberi pengakuan terhadap sumbangan umat Islam kepada sains dalam ilmu kimia.
Islam sebenarnya masyhur dan berjaya melahirkan ramai ahli kimia. Di antaranya Muhammad Abu Bakar Al-Razi atau nama ringkasnya, Al-Razi, berasal dari Parsi yang dianggap sebagai pengasas kimia moden.
Al-Razi mereka cipta radas dan mencatatkan dengan terperinci lebih 20 alat besi dan kaca. Beliau begitu mahir dengan elemen kimia seperti air perak, tembaga sulfat, gas ammonia, nitrat perak, besi sulfat dan raksa oksid.
Al-Maghriti yang juga seorang ahli sains Islam pada abad 10 Masihi menulis mengenai ilmu kimia yang diterjemahkan dalam bahasa Latin dan sekarang dianggap sumber penting dalam sejarah ilmu kimia.
Al-Quran menggesa umat Islam untuk membuat cerapan dan kajian serta menggalakkan sifat sabar menghadapi sebarang percubaan dan dugaan. Inilah satu ciri ahli sains yang penting terutama dalam menjalani pengujian atau membuat perhatian dan cerapan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersertakan orang yang sabar.” – (Surah al-Baqarah, ayat 53).

Internet : Gerbang Mudah Ke Kancah Maksiat

Assalamualaikum...


artikel ni saya ambil dari http://myberita.com/internet-gerbang-mudah-ke-kancah-maksiat.html
amat baik untuk dikongsikan....terutama ibu bapa dan warga pendidik....selamat beramal....heee

Tidak dinafikan bahwa internet merupakan satu teknologi yang banyak memberi kebaikan kepada manusia. Apa saja yang maklumat yang dikehendaki, pasti ada jawapannya. Internet juga memudahkan pelbagai urusan harian kita, dari bacaan akhbar sehinggalah kepada pembayaran bil utiliti, malah internet juga dapat menghubungkan kita dengan komuniti lain di seluruh dunia tidak kita dimana kita berada.
Walaubagaimanapun, kecanggihan ini juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita, memandangkan segala maklumat boleh dicapai dengan hanya satu klik, teknologi ini seolah-olah sebagai gerbang mudah ke kancah maksiat jika tidak dibendung.
Kebanjiran laman web lucah juga agak merunsingkan kita kerana fenomena ini dilihat boleh merosakkan akhlak generasi muda negara. Bukan hanya melalui komputer, laman-laman atau bahan ini boleh juga dilihat melalui telefon dan sebagainya. Maksudnya disini, ianya begitu mudah diakses asalkan adanya talian internet.
Manakan tidak, daripada teknik bercium sehinggalah kepada video lucah, semuanya dapat diakses dengan mudah. Dari golongan tua bangka, hinggalah kepada golongan hingusan tidak terlepas dari penangan ini.

KESAN

Kesan dari keseronokan menonton menonton video lucah ini jugalah boleh mendorong seseorang individu menjadi gila seks. Senang cerita, mula-mula menonton sekadar ingin tahu, kemudian ketagih, kesan seterusnya pula adalah menjadikan seseorang berperangai gila seks yang boleh membawa kepada perlakuan seks bebas. Akibat dari seks bebas ini akan mendorong kepada gejala pembuangan bayi.
Sebagai contoh jelas, berikutan kes penyebaran klip video lucah Ariel Peterpan dan pasangannya, Luna Maya dan Cut Tari. Dengan pantas, bahan dari Indonesia itu merebak ke seluruh dunia. Berikutan itu juga, kes rogol membabitkan kanak-kanak di Indonesia meningkat dengan mendadak. Hal ini terjadi kerana terdapat anak-anak kecil yang cuba meniru gaya atau kelakuan idola mereka. Dari mana mereka mendapat sumber?
Antara lain adalah, internet dilihat sebagai sumber untuk mendapatkan bahan lucah terbaru selain dari “bluetooth”, dan bahan ini dimuaturun kedalam telefon bimbit serta dikongsi bersama rakan-rakan disekolah. Saya berani jamin, cubalah periksa setiap telefon bimbit pelajar di sekolah, pasti kebanyakannya menyimpan klip video lucah, (paling tidakpun disorokkan atau dikunci menggunakan perisian tertentu).
Perkara ini dilihat menjadi budaya di internet. Maksud saya begini, dahulu agak sukar untuk melihat lambakan klip video lucah atau aksi “budak sekolah”, tetapi sekarang, budaya ini seolah-olah sebagai perlumbaan siapa hebat, tak cukup dengan tunjuk wajah, siap tunjuk lencana sekolah lagi.
Bukan hendak meletakkan kesalahan kepada teknologi, cuma saya berkata teknologi ini adalah AKSES mudah sahaja, yang patut disalahkan adalah sesetengah individu yang tiada kesedaran moral langsung dengan membina blog dan laman-laman lucah dengan entah apa tujuannya.

PERMASALAHAN

Sebenarnya agak susah untuk kerajaan menyekat laman web lucah ini. Salah satu faktor adalah kerana kelemahan Akta yang di gubal itu sendiri. Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 antara lain menyebut :
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia  dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Lihat! tiada peruntukan di dalam akta tersebut yang membenarkan penapisan internet. Maka penggunaan perisian penapisan di laluan masuk (gateway) oleh pihak pemberi perkhidmatan internet (ISP) tidak boleh dijalankan seperti di Arab Saudi dan China.
Berikutan kelemahan akta ini, pihak pengendali telah mengambil inisiatif lain untuk mengelak dari dikenakan sebarang tindakan undang-undang. (blogger dan webmaster ni pun cerdik jugak!..) yang mana antara lain permasalahan dalam penguatkuasaan akta ini adalah :
  • SKMM hanya mengambil tindakan setelah mendapat aduan (yang nih protokol biasa)
  • Pemeriksaan oleh pihak SKMM pula dilakukan secara rambang.
  • Pengunjung perlu mendaftar dengan sukarela atau menerima jemputan dari pengendali. (untuk mengelak tindakan)
  • Pengendali terlebih dahulu meletakkan syarat atau peringatan sebelum diakses pengunjung. (untuk mengelak tindakan)
Mengikut Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia, tafsiran lucah ialah sekiranya boleh menimbulkan rasa jijik kerana gambarannya memberahikan dan menyinggung tanggapan adab berhubung kesopanan dan kehormatan.
Ujian kelucahan juga dinilai dengan melihat kepada kandungan itu mempunyai kecenderungan merosakkan pemikiran sesiapa yang terdedah kepada komunikasi berkenaan dengan memberi perhatian kepada adegan seks terlampau atau pornografi, pornografi kanak-kanak dan penghinaan seksual.

PENYELESAIAN

Tiada jalan penyelesaian lain yang dilihat mampu menangani masalah ini, penyelesaian terbaik untuk membendung masalah ini adalah jalan yang boleh melorongkan ke arah perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya. Ini termasuk akses kepada laman lucah di internet.
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan sejak Januari hingga Mac lalu berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Daripada jumlah itu, sebanyak 90 aduan merujuk kepada kandungan berunsur lucah, 72 aduan bersifat mengancam atau jelik manakala tiga kes didakwa memaparkan maklumat atau bahan palsu.
Antara tindakan yang telah dilakukan ialah menutup 81 laman web yang didapati mengandungi unsur lucah seperti menawarkan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.
- Kosmo 29 April 2010
Petikan diatas diambil pada 29 April 2010 di Akhbar Kosmo. Melihat kepada angka yang dinyatakan, saya percaya, masih terdapat beratus-ratus lagi laman web lucah buatan Malaysia yang aktif dan tindakan menyekat laman web lucah ini merupakan satu jalan yang bijak. Namun, harap jangan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Tindakan proaktif harus diambil untuk membendung masalah ini dari akar umbi. Langkah yang dirasakan perlu adalah dengan mendesak kerajaan agar diwujudkan satu pasukan atau jawatankuasa khas menyekat secara terus bahan pornografi dari memasuki rangkaian internet. Dalam hal ini, semua pihak harus berganding bahu jika benar ikhlas mahu membendung gejala yang sudah dianggap parah ini.
Walaupun AKM 1998 tidak membenarkan penapisan internet, kita masih boleh bertindak mengikut Seksyen 211 atau 233 ke atas web mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu.
Sesekali, cuba kita contohi Indonesia, yang mana kerajaan mereka nekad mahu menyekat laman web lucah sebelum Ramadan. Apa yang bagusnya juga adalah kerana mereka mempunyai Undang-undang pornografi dimana di dalam undang-undang tersebut menyatakan bahawa negara wajib melindungi masyarakat daripada kesan negatif pornografi.
Pstttt!!!! tak ada ka NGO yang nak turun ke jalan raya mengadakan demonstrasi bantahan atau apa saja berkaitan masalah ini?

INFO: ( Pada tahun 2008)

Laman web yang disiasat, sudah disiasat dan sudah dikenakan tindakan (68 kes).
  1. 25 kes : Tindakan Penguatkuasaan di bawah AKM 1998
  2. 38 kes: Ditutup (termasuk tiada perlanggaran AKM 1998, di luar bidangkuasa SKMM dan kandungan ditarikbalik)
  3. 5 : Dalam Siasatan
Aduan yang diterima SKMM:
  • Januari – Mac 2008 : 628 (lain-lain perkara) dan 13 (laman web)
  • April – Jun 2008: 1,076 (lain-lain perkara) dan 35 (laman web)
  • 2007: 2,147 (lain-lain perkara) dan 30 (laman web)
Jumlah laman web lucah: Berdasarkan laman web internet-filter-review pada 2006.
  • 4.2 juta web lucah
  • Bersamaan 12 peratus daripada keseluruhan laman di internet.
Tindakan:
  • Peruntukkan Seksyen 211 dan 233 AKM 1998: denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan bersalah.

SEKAT LAMAN LUCAH...JOM SEKAT





Disini saya ingin berkongsi pada pelayar-pelayar laman blogs tentang menyekat kemasukan laman web lucah,laman web lucah semakin berleluasa ,ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan,sebenarnya sesebuah organisasi tidak boleh menghalang laman web lucah,disini saya mengajar untuk menyekat laman web lucah melalui perisian yang disediakan,perisian ini dipanggil 'parenttools' ,gunakannya mudah sekali,pergi kelaman web yang dipaparkan dibawah,muat turun kan perisan itu dan install terus ke komputer atau laptop anda,ia sangat berguna kepada ibu-bapa yang ingin mengelakkan anak mereka melayari laman lucah,dengan cara ini sahaja kita sebagai pelayar dapat menyekat kemasukan gejala-gejala sosial tanpa sempadan ini daripada berleluasa.
Boleh juga kita menulis sendiri didalam nya,contoh nya mahu menyekat perkataan 'lucah' , 'raba' dan lain2 perkataan ,kita boleh tulis sendiri diruang disediakan.Ini perisian yang 'bagus' digunakan untuk menyekat laman lucah dari dilayari.

ok selamat mencuba.. daa

Komputer korang ada antivirus tak???

Kapersky terkenal sebagai antivirus yang paling kurang melambatkan performance komputer tetapi masih mengekalkan tahap keselamatan yang terbaik. Semakin ramai pengguna kapersky sekarang. Kalau nak beli, boleh didapati dalam harga lebih kurang RM50 untuk single user atau RM 70 - RM 100 untuk 3 user license.

Artikel ni untuk orang kedekut macam saya. Atau malas nak pergi beli kemudian beli lagi untuk next year nya. Huh. So, ada caranya untuk mendapatkan kapersky percuma sepanjang hayat.

Okeh, ikuti langkah-langkah ini satu persatu.

  1. Download dari web kapersky. Kemudian activate trial version punya. Biasanya trial version ini boleh digunakan selama sebulan.
  2. Setelah cukup sebulan, Kapersly akan bagi mesej banyak kali supaya anda beli license.
  3. Macam biasa, remove antivirus ni. Samalah macam remove software yang lain-lain. Lepas tu, kalau dia suruh re-start komputer, restart macam biasa.
  4. Bila komputer dah buka semula, pergi ke : Start - Run. Kemudian type - regedit. (macam dalam gambar)
  5. Lepas tu pertama sekali, delete: hkey_local_machine\software\KasperskyLab\LicStorage
  6. Lepas tu, delete lagi : hkey_local_machine\software\Microsoft\Cryptography\RNG
  7. Lepas tu delete lagi folder ni : hkey_local_machine\Microsoft\SystemCertificates\SPC\Certificates
  8. Pastikan remove 3 benda diatas sahaja.
  9. Kemudian cepat-cepat keluar dari registry editor. Takut terdelete benda lain.
  10. Okeh, last step is, install semula Kapersky antivirus tadi, kemudian selepas 30 hari, buatlah step 3-9.
Dah selesai :-).

Website...site ni saya yang punya

Assalamualaikum...

Tugasan tekno dalam sains seterusnya adalah mencipta website sendiri....

Macam mana nak aplikasikan website ni di sekolah?
1- kita boleh bina website sekolah.....dalam tu ceritalah pasal sejarah sekolah,misi,visi,perancangan masa depan,aktiviti,dan sebagainya....

2- cikgu boleh buat website untuk kelas....kalau ada tugasan boleh letak dalam website kelas atau karya,karangan,tugasan pelajar yang menarik,terbaik bolehlah upload dalam website tu...bangga juga pelajar kita kan...

Wahai warga pendidik sekalian...marilah kita membuat website...heeeee

Ni website yang saya dan cikgu Nor Syamila buat...
ni url nya,boleh la tengok.
http://www.wix.com/milaria/ala  - yang ni lagha sikitlah...saja nak buat experiment...menjadikla pulak..pasal SNSD pulak tu....
http://www.wix.com/suriahalusran/guru-oh-guru  - yang ni pulak untuk cikgu...tapi ada dua pages jak....nanti kalau ada masa saya baiki lagi ya....

sayonara.....