BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 5, 2010

Internet : Gerbang Mudah Ke Kancah Maksiat

Assalamualaikum...


artikel ni saya ambil dari http://myberita.com/internet-gerbang-mudah-ke-kancah-maksiat.html
amat baik untuk dikongsikan....terutama ibu bapa dan warga pendidik....selamat beramal....heee

Tidak dinafikan bahwa internet merupakan satu teknologi yang banyak memberi kebaikan kepada manusia. Apa saja yang maklumat yang dikehendaki, pasti ada jawapannya. Internet juga memudahkan pelbagai urusan harian kita, dari bacaan akhbar sehinggalah kepada pembayaran bil utiliti, malah internet juga dapat menghubungkan kita dengan komuniti lain di seluruh dunia tidak kita dimana kita berada.
Walaubagaimanapun, kecanggihan ini juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita, memandangkan segala maklumat boleh dicapai dengan hanya satu klik, teknologi ini seolah-olah sebagai gerbang mudah ke kancah maksiat jika tidak dibendung.
Kebanjiran laman web lucah juga agak merunsingkan kita kerana fenomena ini dilihat boleh merosakkan akhlak generasi muda negara. Bukan hanya melalui komputer, laman-laman atau bahan ini boleh juga dilihat melalui telefon dan sebagainya. Maksudnya disini, ianya begitu mudah diakses asalkan adanya talian internet.
Manakan tidak, daripada teknik bercium sehinggalah kepada video lucah, semuanya dapat diakses dengan mudah. Dari golongan tua bangka, hinggalah kepada golongan hingusan tidak terlepas dari penangan ini.

KESAN

Kesan dari keseronokan menonton menonton video lucah ini jugalah boleh mendorong seseorang individu menjadi gila seks. Senang cerita, mula-mula menonton sekadar ingin tahu, kemudian ketagih, kesan seterusnya pula adalah menjadikan seseorang berperangai gila seks yang boleh membawa kepada perlakuan seks bebas. Akibat dari seks bebas ini akan mendorong kepada gejala pembuangan bayi.
Sebagai contoh jelas, berikutan kes penyebaran klip video lucah Ariel Peterpan dan pasangannya, Luna Maya dan Cut Tari. Dengan pantas, bahan dari Indonesia itu merebak ke seluruh dunia. Berikutan itu juga, kes rogol membabitkan kanak-kanak di Indonesia meningkat dengan mendadak. Hal ini terjadi kerana terdapat anak-anak kecil yang cuba meniru gaya atau kelakuan idola mereka. Dari mana mereka mendapat sumber?
Antara lain adalah, internet dilihat sebagai sumber untuk mendapatkan bahan lucah terbaru selain dari “bluetooth”, dan bahan ini dimuaturun kedalam telefon bimbit serta dikongsi bersama rakan-rakan disekolah. Saya berani jamin, cubalah periksa setiap telefon bimbit pelajar di sekolah, pasti kebanyakannya menyimpan klip video lucah, (paling tidakpun disorokkan atau dikunci menggunakan perisian tertentu).
Perkara ini dilihat menjadi budaya di internet. Maksud saya begini, dahulu agak sukar untuk melihat lambakan klip video lucah atau aksi “budak sekolah”, tetapi sekarang, budaya ini seolah-olah sebagai perlumbaan siapa hebat, tak cukup dengan tunjuk wajah, siap tunjuk lencana sekolah lagi.
Bukan hendak meletakkan kesalahan kepada teknologi, cuma saya berkata teknologi ini adalah AKSES mudah sahaja, yang patut disalahkan adalah sesetengah individu yang tiada kesedaran moral langsung dengan membina blog dan laman-laman lucah dengan entah apa tujuannya.

PERMASALAHAN

Sebenarnya agak susah untuk kerajaan menyekat laman web lucah ini. Salah satu faktor adalah kerana kelemahan Akta yang di gubal itu sendiri. Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 antara lain menyebut :
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia  dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Lihat! tiada peruntukan di dalam akta tersebut yang membenarkan penapisan internet. Maka penggunaan perisian penapisan di laluan masuk (gateway) oleh pihak pemberi perkhidmatan internet (ISP) tidak boleh dijalankan seperti di Arab Saudi dan China.
Berikutan kelemahan akta ini, pihak pengendali telah mengambil inisiatif lain untuk mengelak dari dikenakan sebarang tindakan undang-undang. (blogger dan webmaster ni pun cerdik jugak!..) yang mana antara lain permasalahan dalam penguatkuasaan akta ini adalah :
  • SKMM hanya mengambil tindakan setelah mendapat aduan (yang nih protokol biasa)
  • Pemeriksaan oleh pihak SKMM pula dilakukan secara rambang.
  • Pengunjung perlu mendaftar dengan sukarela atau menerima jemputan dari pengendali. (untuk mengelak tindakan)
  • Pengendali terlebih dahulu meletakkan syarat atau peringatan sebelum diakses pengunjung. (untuk mengelak tindakan)
Mengikut Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia, tafsiran lucah ialah sekiranya boleh menimbulkan rasa jijik kerana gambarannya memberahikan dan menyinggung tanggapan adab berhubung kesopanan dan kehormatan.
Ujian kelucahan juga dinilai dengan melihat kepada kandungan itu mempunyai kecenderungan merosakkan pemikiran sesiapa yang terdedah kepada komunikasi berkenaan dengan memberi perhatian kepada adegan seks terlampau atau pornografi, pornografi kanak-kanak dan penghinaan seksual.

PENYELESAIAN

Tiada jalan penyelesaian lain yang dilihat mampu menangani masalah ini, penyelesaian terbaik untuk membendung masalah ini adalah jalan yang boleh melorongkan ke arah perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya. Ini termasuk akses kepada laman lucah di internet.
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan sejak Januari hingga Mac lalu berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Daripada jumlah itu, sebanyak 90 aduan merujuk kepada kandungan berunsur lucah, 72 aduan bersifat mengancam atau jelik manakala tiga kes didakwa memaparkan maklumat atau bahan palsu.
Antara tindakan yang telah dilakukan ialah menutup 81 laman web yang didapati mengandungi unsur lucah seperti menawarkan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.
- Kosmo 29 April 2010
Petikan diatas diambil pada 29 April 2010 di Akhbar Kosmo. Melihat kepada angka yang dinyatakan, saya percaya, masih terdapat beratus-ratus lagi laman web lucah buatan Malaysia yang aktif dan tindakan menyekat laman web lucah ini merupakan satu jalan yang bijak. Namun, harap jangan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Tindakan proaktif harus diambil untuk membendung masalah ini dari akar umbi. Langkah yang dirasakan perlu adalah dengan mendesak kerajaan agar diwujudkan satu pasukan atau jawatankuasa khas menyekat secara terus bahan pornografi dari memasuki rangkaian internet. Dalam hal ini, semua pihak harus berganding bahu jika benar ikhlas mahu membendung gejala yang sudah dianggap parah ini.
Walaupun AKM 1998 tidak membenarkan penapisan internet, kita masih boleh bertindak mengikut Seksyen 211 atau 233 ke atas web mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu.
Sesekali, cuba kita contohi Indonesia, yang mana kerajaan mereka nekad mahu menyekat laman web lucah sebelum Ramadan. Apa yang bagusnya juga adalah kerana mereka mempunyai Undang-undang pornografi dimana di dalam undang-undang tersebut menyatakan bahawa negara wajib melindungi masyarakat daripada kesan negatif pornografi.
Pstttt!!!! tak ada ka NGO yang nak turun ke jalan raya mengadakan demonstrasi bantahan atau apa saja berkaitan masalah ini?

INFO: ( Pada tahun 2008)

Laman web yang disiasat, sudah disiasat dan sudah dikenakan tindakan (68 kes).
  1. 25 kes : Tindakan Penguatkuasaan di bawah AKM 1998
  2. 38 kes: Ditutup (termasuk tiada perlanggaran AKM 1998, di luar bidangkuasa SKMM dan kandungan ditarikbalik)
  3. 5 : Dalam Siasatan
Aduan yang diterima SKMM:
  • Januari – Mac 2008 : 628 (lain-lain perkara) dan 13 (laman web)
  • April – Jun 2008: 1,076 (lain-lain perkara) dan 35 (laman web)
  • 2007: 2,147 (lain-lain perkara) dan 30 (laman web)
Jumlah laman web lucah: Berdasarkan laman web internet-filter-review pada 2006.
  • 4.2 juta web lucah
  • Bersamaan 12 peratus daripada keseluruhan laman di internet.
Tindakan:
  • Peruntukkan Seksyen 211 dan 233 AKM 1998: denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan bersalah.

0 comments: